Rabu, 12 Februari 2014

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini. Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari.

Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem dilantik kembali dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak sebagai pegawai khas di pejabat Ketua Menteri yang bertaraf menteri.

taib and adenan staem shaking hands 180305Pelantikan yang berkuatkuasa 2 April itu dibuat selepas rombakan kecil kabinet Sarawak hari ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata jawatan Adenan (kiri) yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Tanjung Datu itu setaraf dengan jawatan menteri penuh.

"Berdasarkan kepada pengalaman Adenan  kita berharap beliau boleh melaksanakan tanggungjawab dalam jawatan baru beliau ini khasnya berkaitan bidang maklumat dan penyiaran," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini.


Abdul Taib juga menaikkan jawatan menetri penuh kepada Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan latihaan) dan Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Pembangunan Wanita) dan Menteri Muda Pemodenan Pertanian (ekonomi Rumah Tangga dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

Beliau yang jubn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 taib mahmudga Adun Dalat bertanggungjawab dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan keluarga selain menjaga bahagian perancangan dan latihan.

"Fatimah dilihat berjaya melaksanakan beberapa program khasnya yang melibatkan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan keluarga dan kita mahu ada seorang menteri penuh untuk melaksanakan dan memantapkan lagi tugas ini," katanya. 

Sementara itu Abdul Taib (atas) berkata Adun Batu Kawa yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Joo Phoi dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar). malaysiakini

KuCHING: Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem, memiliki kerjaya yang penuh warna warni. 

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan Sarawak Tribune, yang sudah dibubarkan, dan menjadi guru sekolah sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Adelaide di Australia.


Selepas tamat pengajiannya, Adenan berkhidmat sebagai majistret di Kuching selama tiga tahun bermula pada 1970 sebelum mengambil alih jawatan penasihat undang-undang bagi hal ehwal petroleum di Kementerian Perusahaan Utama dari 1972 hingga 1974. 


Kerjaya politik beliau bermula apabila dipilih bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Muara Tuang pada pilihan raya kecil 1979, yang menyaksikannya menewaskan Razali Sabang (PAJAR) dengan majoriti 2,797 undi. 

Beliau mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri ketiga Sarawak pada September 1979 dengan menewaskan calon PAJAR Bujang Ali Nor dengan majoriti 3,422 undi. 

- BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar