Oleh Ridzuan Abdul Rahman
Kelunakan vokal tersendiri dan memukau ternyata membezakan Saleem dengan penyanyi lain. Tidak dinafikan dia mempunyai kelompok peminat yang setia menyokong perjuangan seninya.
Justeru, tidak hairanlah penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Suci Dalam Debu ketika bersama Iklim dulu ini tidak tenggelam dengan saingan penyanyi generasi muda.
Buktinya Saleem yang kini sudah berusia 52 tahun mampu menghasil–kan album setiap tahun. Terbaru dia hadir menerusi album Cinta Kita Berbeza terbitan Music Valley sekali gus membuktikan dia masih ada nilai dalam industri muzik tanah air.
“Syukur saya masih diberi peluang menghasilkan album dan sering tampil dengan karya terbaru. Peminat saya tak suka saya nyanyikan lagu-lagu lama dan lebih suka saya tampil dengan album baru.
“Syukur saya masih diberi peluang menghasilkan album dan sering tampil dengan karya terbaru. Peminat saya tak suka saya nyanyikan lagu-lagu lama dan lebih suka saya tampil dengan album baru.
“Bagi memastikan mereka puas hati, saya pilih bekerjasama dengan barisan komposer dan penulis lirik hebat yang sudah serasi dengan saya antara–nya Bong, Azam Dungun dan Edrie Hashim,” katanya.
Sebagai strategi, Saleem memilih lagu Bila Orang Dah Benci sebagai single pertama dan disusuli lagu Cinta Kita Berbeza yang kini semakin menjadi siulan peminat.
“Konsep lagu yang dipilih sememangnya memenuhi cita rasa peminat dan bukannya syok sendiri. Saya juga nyanyikan lagu Berakhir Cinta Kita yang disambung daripada lagu Trilogik Cinta.
“Boleh dikatakan album ini sebuah ‘killer’ album kerana semua lagu di dalamnya disukai ramai. Alhamdulillah setiap tahun saya akan ada album kerana memenuhi permintaan peminat,” katanya yang setia ditemani isteri merangkap pengurusnya, Juriah Bachok atau Julia.
Saleem berkata, resipi yang digunakan sangat mudah iaitu jaga disiplin serta komitmen.
“Boleh dikatakan saya tak duduk diam kerana sering menjayakan persembahan pentas di seluruh negara untuk apa saja majlis. Inilah rezeki saya,” katanya.
Nafi dikongkong isteri
Biarpun masih aktif menyanyi, publisiti mengenai Saleem seakan berkurangan di media massa.
Saleem yang mengakui perkara ini berkata, dia sememangnya memilih mendiamkan diri dan hanya tampil apabila ada cerita terbaru.
“Kalau setakat cerita murahan tak payahlah. Lainlah kalau ada cerita yang bagus. Saya malas nak tampil dengan cerita yang remeh-temeh dan lebih suka publisiti berkenaan karier,” katanya.
Dia juga menafikan sikap isterinya yang tidak mesra media dan garang membuatkan dirinya kurang mendapat publisiti.
“Julia tak garang seperti yang dijangka ramai. Sebagai pengurus, sudah tentulah dia kena tegas dalam urusan membabitkan karier saya. Ini perlu agar saya tak nampak murahan dalam industri.
“Bagaimanapun ini tak bermakna dia tak boleh dibawa berunding. Memang sudah kelaziman dia akan serius waktu bekerja tapi selepas selesai dia akan mesra seperti mana orang lain,” katanya mempertahankan isteri tercinta.
Perjuangan Saleem dalam dunia seni tidak akan terhenti kerana dia sentiasa mencari idea baru untuk mengembangkan kariernya.
Antara yang dirancang ialah mengembangkan pengaruh ke Indonesia kerana namanya bersama Iklim pernah menjadi sebutan peminat di sana suatu ketika dulu.
“Saya merancang nak berduet dengan Firman dan mendapat tahu peminat di sana sememangnya menunggu gandingan ini.
“Saya nak cuba pecah–kan benteng di sana yang selama ini dikatakan kebal dan sukar ditembusi artis kita.
“Firman sendiri meluah–kan perasaan kagumnya kepada saya dan sangat gembira untuk buat projek ini. Jika tiada aral ia akan jadi kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.
“Selain itu saya juga bercadang nak hasilkan lagu dengan kolaborasi bersama penyanyi rap sebagaimana trend sekarang. Saya sedang mencari dan berfikir untuk cari artis yang sesuai untuk projek ini,” katanya.- myMetro
Tidak ada komentar:
Posting Komentar