BATU GAJAH: Seorang lelaki warga Myanmar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi atas dakwaan mencabul seorang ramaja perempuan pada Ahad lalu.
Tertuduh Mohamad Jasim Nurul Hakim, 27, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di dapur Dewan Ballroom Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort, di sini pada kira-kira jam 5 petang hujung minggu lalu.
Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh mendakwa memahami serba sedikit Bahasa Melayu dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.
Majistret Soleha Noratikah Ismail, kemudian menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh sebutan semula kes serta mengarahkan mahkamah menyediakan jurubahasa kerana tertuduh tidak fasih berbahasa Melayu.
Majistret Soleha Noratikah Ismail, kemudian menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh sebutan semula kes serta mengarahkan mahkamah menyediakan jurubahasa kerana tertuduh tidak fasih berbahasa Melayu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan. -myMetro 19 Dec
Tidak ada komentar:
Posting Komentar