Tampilkan postingan dengan label Zaid Ibrahim. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Zaid Ibrahim. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

PRK Kajang : Zaid diramal hilang deposit

KUALA TERENGGANU – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dijangka kehilangan deposit jika beliau benar-benar bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Zaid tidak mempunyai pengaruh besar yang boleh menyebabkan pengundi bertindak memilihnya pada pilihan raya semula itu pada 23 Mac ini.

Menurutnya, keputusan Zaid untuk bertanding bagi menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim juga disifatkan tidak kukuh untuk menarik minat pengundi beralih sokongan daripada PR.

“Negara kita demokrasi. Sesiapa yang mahu bertanding pun terserah, tetapi kita melihat penyertaan Zaid Ibrahim tidak memberi kesan kepada undi PR sama ada beliau bertanding atau tidak, sama sahaja. Dia masuk pun tiada matlamat apa-apa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Zaid Ibrahim sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dun Kajang.

Melalui tulisan terbaharu dalam laman blognya, Zaid berkata, bertanding sebagai calon bagi kerusi itu akan membolehkannya menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang sedang melanda negara.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, perkembangan politik ketika ini dilihat tidak memberi ruang kepada calon Bebas untuk menang, sebaliknya pemilih memberi tumpuan kepada parti politik seperti BN dan PR.

Berbanding dahulu katanya, calon Bebas mampu menang disebabkan pengaruh yang ada pada seseorang individu.

“Tetapi sekarang, keadaan sudah berubah dan pengundi tidak lagi melihat kepada pengaruh individu sebaliknya parti. Kalau dahulu, jika pemimpin BN yang mempunyai pengaruh keluar parti dan bertanding Bebas, dia masih boleh menang khususnya di Semenanjung Malaysia. Kalau di Sabah dan Sarawak saya tidak tahu,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di kerusi terbabit, belum tentu Ketua Umum PKR itu akan menjadi menteri besar bagi menggantikan yang sedia ada sebagaimana yang heboh di media.- SH 20/2/14

Senin, 17 Februari 2014

Abdul Khalid nafi pengaruhi Zaid Ibrahim bertanding di Kajang

LEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 17, 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menafikan beliau mempengaruhi bekas menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim supaya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk mengekalkan kuasanya sebagai menteri besar.
Spekulasi mengatakan Abdul Khalid mempengaruhi Zaid yang merupakan bekas anggota PKR bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.
"Tidak," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.
Zaid yang juga bekas ahli PKR semalam berkata, tujuan beliau bertanding sebagai calon bebas di DUN Kajang adalah untuk menyekat "Langkah Kajang" Ketua Pembangkang dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar negeri itu.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kenyataan Zaid itu adalah kebebasan politik demokrasi yang mana memperuntukkan kebebasan dalam memberikan pandangan dan pendapat mana-mana individu.
"Inilah kita lihat bagaimana politik ini perkara yang memberi kebebasan kepada mereka untuk memberikan pandangan dan juga penglibatan mereka.
"Saya baru tahu bahawa politik ini, kita tidak dapat tentukan tindakan kumpulan atau seseorang dari segi untuk bersama dalam pergolakan demokrasi dan politik Malaysia," katanya.
Zaid ketika pengumuman berkenaan berkata, dengan menewaskan Anwar dalam PRK Kajang yang dijadualkan 23 Mac depan, masa depan Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan dapat diselamatkan.
"Kalau saya menang, Anwar kalah. Maka amanlah PR di Selangor," katanya.
"Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya lagi.
Beliau berkata, rancangan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan adalah untuk menggantikan Abdul Khalid adalah tindakan politik liar dan tidak wajar direstui.
"Jika Abdul Khalid dan kepimpinan beliau perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," kata Zaid kepada pemberita semalam.
Tindakan Anwar itu jelasnya akan membawa perpecahan besar kepada PR.
"Jika Anwar menang di Kajang dan Abdul Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran yang buruk di Selangor.
"Malah, jika Anwar menang di Kajang, belum tentu beliau akan diterima menjadi menteri besar oleh Sultan Selangor," katanya, dan menambah rakan komponen PR dari PAS juga belum tentu akan menyokong rancangan Anwar menjadi menteri besar.
"Ia boleh selesai jika saya menang kerusi DUN Kajang," katanya. – 17 Februari, 2014. TMI

Sabtu, 15 Februari 2014

Zaid Ibrahim bertanding PRK untuk sekat ‘Rancangan Kajang’ Anwar

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 16, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 16, 2014 01:40 PM
Zaid Ibrahim bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di Satey Samuri di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Februari, 2014.Zaid Ibrahim bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di Satey Samuri di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Februari, 2014.Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan secara rasmi beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk menyekat "Rancangan Kajang PKR".
Beliau yang juga bekas ahli PKR berkata, niatnya untuk bertanding bagi memastikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus kekal berkuasa.
"Kalau saya menang, Anwar kalah. Maka amanlah Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," katanya ketika membuat pengumuman tersebut di Kajang hari ini."Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya.
Beliau berkata, rancangan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan adalah untuk menggantikan Abdull Khalid adalah tindakan politik liar dan tidak wajar direstui.
"Jika Abdul Khalid dan kepimpinan beliau perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," kata Zaid kepada pemberita.
Tindakan Anwar itu jelasnya akan membawa perpecahan besar kepada PR.
"Jika Anwar menang di Kajang dan Abdul Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran yang buruk di Selangor.
"Malah, jika Anwar menang di Kajang, belum tentu beliau akan diterima menjadi menteri besar oleh Sultan Selangor," katanya, dan menambah rakan komponen PR daripada PAS juga belum tentu akan menyokong rancangan Anwar menjadi menteri besar.
"Ia boleh selesai jika saya menang kerusi DUN Kajang," tambahnya.
Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau.
"Kelebihan saya adalah lebih terbuka berbanding Anwar...saya akan berkempen kecil-kecilan.
"Saya akan berkempen melalui dialog. Pengundi boleh tanya soalan, saya akan jawab," katanya.
Beliau turut berkata, keputusan untuk bertanding di DUN Kajang bukanlah untuk memecahkan undi.
"Saya tiada fikir nak pecah undi. Saya bukan kerja pecah undi. Ini kerja orang lain.
"Kerja saya fahamkan rakyat. Saya nak menang. Saya nak rakyat sokong saya," katanya.
PKR meletakkan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh melepaskan jawatan untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR itu menggantikannya.
Tindakan berkenaan menimbulkan kritikan pelbagai pihak kerana Lee tidak mempunyai alasan kukuh melepaskan jawatan kurang setahun selepas beliau dipilihan pengundi di Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac untuk tarikh pilihan raya di kerusi tersebut. – 16 Februari, 2014.- TMI