Tampilkan postingan dengan label kahwin.. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kahwin.. Tampilkan semua postingan

Rabu, 18 Desember 2013

Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja



Linda mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.
"Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM di sini pada Rabu.
Penyampai radio Suria FM itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hari bahagianya itu.
Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu.
Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.
Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.
Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini. -  mStar 

Selasa, 17 Desember 2013

Linda Onn Bakal Kahwin Kerabat Diraja 27 December

gambar perkahwinan linda onn
Utusan Malaysia hari ini secara eksklusif mendedahkan yang penyampai radio popular, Linda Onn khabarnya akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Peyampai stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di Johor Bahru secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru. Linda Onn bagaimanapun khabarnya gagal dihubungi untuk media mengesahkan perkara ini.
Tahniah buat Linda Onn jika benar seperti apa yang disampaikan. - ROTIKAYA

Rabu, 13 November 2013

Artis : Syanie Kahwin 1 Mac 2014


14 NOV 2013, 12:00AM   |     |   BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:
 32  35 
 
 
Selepas 11 tahun bersendirian, pelakon dan penerbit, Syanie bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014 dengan tunangnya, Nadi Putera Mohd Zainol.

"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014. Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa  tarikh itu adalah sangat sesuai," tutur Syanie ketika ditemui di sidang media Masterchef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketika ditanya apakah perasaannya untuk meniti ke fasa baru kehidupan setelah 11 tahun bersendirian, Syanie menjelaskan dia gementar dan takut untuk kembali bergelar seorang isteri.

"Saya bukan sahaja gementar, tapi perasaan takut pun turut ada. Sebelum ini memang saya pernah mengenali beberapa orang, tapi jodoh itu tiada. Saya sudah mengenali Putera selama tujuh tahun dan dia pernah bekerja dengan saya," cerita Syanie lagi.

Syanie juga menegaskan dia tidak berniat untuk mencari suami yang lebih muda dari usianya.

"Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya. Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera orangnya senang dibawa berbincang," ujar Syanie lagi.

Perkahwinan ini menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan juga Putera. Untuk perkahwinan sebelum ini, Syanie tidak dikurniakan anak manakala Putera mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Syanie bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

Rabu, 30 Oktober 2013

Zain Saidin & Che Ta bernikah 11/12/13?

Zain dan Rozita akan mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada bulan hadapan.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.
Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.
"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.
"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.
Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.
"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.
"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.
Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.
Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.
"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia bakal berangkat ke Amerika pada Jumaat (esok) untuk menjalani penggambaran telefilem Oh! My English.

Jumat, 13 September 2013

Artis kahwin : Black Hanafiah - Naquia Yasirah dan Fauziah Ghous - Md Zhafran Md Yusof

Black Hanafiah Impikan Punyai Ramai Anak
Black Hanafiah akhirnyan menjadi suami kepada Naquia Yasirah. FOTO: SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Penyanyi Black Hanafiah mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga besar iaitu bilangan anak yang ramai selepas bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohamad Khairi pada Jumaat.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, hasrat itu ditanamnya kerana dia dan Naquia Yasirah, 28, dilahirkan dalam keluarga yang kecil iaitu masing-masing mempunyai tiga beradik.
“Keluarga kami kecil iaitu masing-masing ada tiga beradik. Melihat kepada jumlah kecil itu, saya, kalau boleh mahu sebuah keluarga yang besar, Insya-Allah,” katanya.
Black berkata demikian selepas majlis akad nikahnya dengan Naquia Yasirah di Zebra Square, Kampung Pandan di sini, Jumaat.
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohamad Khairi Abu Hassan, 55.
Naquia Yasirah mencium tangan Black pada majlis membatalkan air sembahyang selepas akad nikah.
Pihak lelaki memberikan wang hantaran sebanyak RM12,000 dan mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti berkata, dia dan isterinya tidak merancang mengenai bilangan anak sebaliknya mahu mendapat zuriat secepat mungkin.
“Anak itu rezeki bagi kami. Bukan senang nak dapat anak. Bagi saya, lagi cepat, lagilah bagus,” ujarnya.
Mengenai lokasi berbulan madu Black memberitahu mereka memilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci, Mekah yang dijadualkan pada awal tahun hadapan..
Dalam pada itu bercerita apakah penyebab dia jatuh hati terhadap Naquia Yasirah, pemuda itu berkata, selama ini dia mencari wanita yang tidak mengenalinya sebagai seorang artis.
Katanya, sehinggalah pada 18 Oktober 2012, Black berkenalan dengan Naquia Yasirah di Dataran Merdeka, melalui seorang teman dan mendapati wanita tersebut tidak mengetahui dia seorang penyanyi ketika mereka bertentang mata.
“Saya masih ingat lagi pada tarikh 18 Oktober 2012 pukul 6.56 petang, saya bersalaman dengan dia (isteri) dan saya lihat reaksinya, dia tidak kenal saya (penyanyi). Saya pun terkejut. Bermula dari situlah saya berusaha untuk mendapatkannya,” ujar Black.
Sementara itu Naquia Yasirah pula berkata, dia menyukai Black kerana sifatnya yang jujur, penyayang selain merupakan lelaki terbaik dalam hidupnya.
Dia yang pernah bekerja dan menuntut di Melbourne, Australia kini bekerja dengan sebuah syarikat milik keluarga.
Naquia Yasirah juga merupakan anak saudara kepada Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada pelakon Datin Umie Aida.

Nikah 21 September, Fouziah Gous Enggan Majlis Dipertikaikan
Fouziah Gous dan Md Zhafran.
SERDANG: Pelakon Fouziah Gous, 30, tidak mahu orang ramai mempertikaikan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 September depan kerana ia dibuat mengikut kemampuannya.
Fouziah berkata, majlis tersebut dilakukan hasil bajet daripada wang simpanan daripada titik peluhnya selama ini sebagai pelakon.
"Sebagai anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga semestinya mereka ingin meraikan perkahwinan ini dalam keadaan yang meriah dan terbaik.
"Pada saya setiap majlis perkahwinan adalah mengikut kemampuan masing-masing, jika ia dibuat dengan meriah atau besar-besaran ia adalah rezeki mereka, begitu juga kami," katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, di sini, Jumaat.
Fouziah dan tunangnya dan Md Zhafran Md Yusof, 30, melantik Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini sebagai perunding majlis perkahwinan mereka.
Tambah Fouziah, dia enggan melayan pandangan orang yang sering berfikiran negatif terhadap rezeki orang lain.
Sementara itu, bercerita tentang majlis perkahwinan, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak yang ingin menaja perkahwinan tersebut.
Fouziah bahagia membilang hari untuk bergelar isteri orang.
"Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.
"Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Fouziah dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.
Majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Bagaimanapun, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu ini enggan mendedahkan jumlah hantaran, mas kahwin dan butiran lain kerana ia hanya akan dikongsi pada hari pernikahan mereka.
"Kami sepakat memilih tarikh 21 September kerana hanya tarikh itu semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak dapat berhimpun. Lagi pula bakal adik ipar saya yang belajar di London ada di sini sebelum kembali semula menyambung pengajian sehari selepas kami bernikah.
"Ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini lebih bermakna dengan kehadiran insan-insan terdekat," katanya.
Fouziah bertunang dengan Md Zhafran yang merupakan ahli perniagaan itu selepas hampir tiga bulan mengenali hati budi masing-masing.