Tampilkan postingan dengan label rafizi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rafizi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Rafizi: Siasat semula Musa Aman

 | February 27, 2014
Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya
rafizi1PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyeru supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat balak dengan bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia.
Pemimpin muda itu berkata, hukuman bersalah ke atas Michael itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya.
Mahkamah Sesyen Sandakan di Sabah semalam mengenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan ke atas Michael  yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus ketika menyampaikan hukuman itu pada Rabu lalu berkata Michael telah didapati bersalah atas cubaan menipu dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kesnya.
Katanya, Michael tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak.
“Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.
“Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael  menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Musa.
“Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah,” kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
Tamparan kepada Nazri
Menurut beliau, keputusan bersalah terhadap Michael juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik lelaki itu seperti yang didedahkan sebelum ini.
Nazri bagaimanapun, tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan  Musa dan Michael yang mengundang kontroversi sebelum itu.
Rafizi berkata, walaupun keputusan terhadap Michael ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.
Namun, menurut Rafizi, kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalah gunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.
Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas, tambah beliau. - FMT
Turut baca

Kamis, 30 Januari 2014

“Kita tidak boleh beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati" - Rafizi

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
JANUARY 31, 2014
Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama ‘langkah Kajang’ penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.
“Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.
“Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.
PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil
Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.
Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara “kedua” penting.
“Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?
“Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.
“Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.
PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.
Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.
PKR mendakwa “langkah taktikal” itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.
Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.
“Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka.
“Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati,” katanya. – 31 Januari, 2014.

Kamis, 12 Desember 2013

Rafizi desak Najib letak jawatan

Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi

DECEMBER 12, 2013
Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.
"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI  juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013. - TMI

Minggu, 10 November 2013

Shahrizat tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida

Shahrizat tarik balik saman RM100j pada Rafizi

Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Shahrizat Gugur Saman RM 100 JUTA: Semangat Keadilan Untuk Rakyat

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
11 November 2013
ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR
Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menganggap tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang menggugurkan saman bernilai RM 100 juta kepada Ketua Wanita PKR , YB Puan Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategi PKR, YB Tuan Rafizi Ramli sebagai bukti semangat keadilan untuk rakyat.
Perkara ini jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR ini dibantu oleh daya penggerak parti, badan NGO dan rakyat untuk membongkar penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar.
Skandal NFC sebelum ini, mengakibatkan Shahrizat Jalil digantikan dari kerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta tidak mendapat peluang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 walaupun kemudian mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno.Ini menunjukkan cuma Umno masih berkompromi dengan penyelewangan kuasa dan rasuah.
AMK Selangor percaya pengguguran saman ini, sebagai satu amaran kepada mana-mana individu yang mengamalkan rasuah serta penyelewengan untuk tidak semberono mengancam untuk menyaman pihak yang membongkar aktiviti mereka kerana segalanya yang dilakukan adalah untuk keadilan rakyat.
Individu dari parti, atau NGO ataupun rakyat perseorangan yang tampil membongkar aktiviti penyalahgunaan kuasa serta rasuah selalunya mempunyai maklumat mencukupi dan prosedur yang betul sebelum membuat tindakan.
AMK Selangor juga yakin, peristiwa ini memberi kekuatan kepada semua pihak untuk terus menggempur gejala rasuah yang membarah, dan yakin sekiranya undang-undang dijalankan dengan jujur, maka tiada individu yang kebal dari dihadapkan ke pengadilan.
Justeru, tidak perlu wujud istilah takut terutama kepada anak muda seluruh tanahair yang masih terus cekal memperjuangkan tatakelola negara yang lebih baik. Keadilan untuk rakyat mesti terus dilaksanakan.
REFORMASI
Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia