Tampilkan postingan dengan label sumbangan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sumbangan. Tampilkan semua postingan

Jumat, 06 Desember 2013

Banjir : Sumbangan anda diperlukan [7/12/13]

Kenyataan Terbuka
7 Disember 2013

Trip Ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan: SAMM Akan Berkampung di Sg Isap

SAMM meneruskan usaha membantu mangsa banjir yang masih serba kekurangan di Kuantan. Antara barangan yang kritikal diperlukan ialah selimut, baju dalam dan lampin pakai buang, selain makanan dalam tin dan air mineral.

Trip ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan akan mula bertolak ke Kuantan bermula sekitar jam 10 malam. Kali ini, 2 pasukan dari 3 pusat pengumpulan akan menuju ke Kuantan. Pusat pengumpulan barangan mangsa banjir adalah seperti berikut;

Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di N.Sembilan
Lokasi: Dataran Senawang (Berhadapan Maybank)
Masa: 11 pagi hingga 3 petang (hari ini)
Penyelaras: Sani Md Shah (012-9781707) dan Nizam Adzmi (012-6937908)

Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di P.Pinang
Lokasi: Depan Queensbay Penang
Masa: 3 petang – 6 petang (hari ini)
Penyelaras: Isa Sanusi (0195522713) dan Faizal AB Rahman (013-4359600)

Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di Kuala Lumpur
Lokasi: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru
Masa: 6 petang – 10 malam
Penyelaras: Ilyana Rosli (019-2314161)

Untuk pengetahuan, bantuan kali ini juga akan cuba disampaikan terus ke mangsa banjir di daerah Kemaman. Namun difahamkan jalan masuk ke Kemaman telah tenggelam, dan pihak SAMM Kemaman akan menunggu pasukan Save4Kuantan di sekitar mukim Geliga untuk mengambil barangan bantuan sebelum disampaikan ke pusat mangsa banjir di Kemaman.

SAMM menyeru orang ramai yang berkemampuan ingin memberikan bantuan berbentuk barangan, sila hadir di pusat pengumpulan seperti tertera dalam kenyataan ini pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak kami tidak boleh menunggu kerana bantuan akan terus dihantar mengikut jadual.

Dalam Misi Kemanusiaan kali ini, SAMM akan berkampung di Sg Isap dan akan bersama orang ramai untuk membersihkan kawasan yang sudah reda banjirnya. Justeru, pihak SAMM amat memerlukan ‘pressure-pump’ water jet untuk usaha pembersihan pasca-banjir. Sila hubungi kami segera bagi yang ingin menginfak atau meminjamkan alatan tersebut.

Misi kemanusiaan Save4Kuantan ini adalah usaha kelolaan SAMM dan sekutu dengan inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada 012-6937908).

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Rabu, 04 Desember 2013

Banjir : Sumbangan anda diperlukan

Kenyataan Media
5 Disember 2013

Bencana Banjir: Kuantan Perlu Bantuan, Trip Kedua Bertolak Petang Ini

Hujan lebat yang tidak berhenti beberapa hari telah menyebabkan bencana banjir di beberapa negeri di pantai timur dan kawasan selatan tanahair. Daerah Kuantan mencatatkan bencana banjir antara yang terburuk dalam sejarah, kini berada dalam keadaan kritikal dan serba kesulitan. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengorak langkah awal dengan menghantar satu misi bantuan lewat malam tadi. Dengan bantuan rakan sekutu pelbagai pihak, hari ini SAMM melancarkan satu lagi misi bantuan penting bagi mengurangkan beban saudara kita di Kuantan.

Kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan, trip kedua bantuan mangsa banjir Kuantan akan menyusul dengan sebuah trak 3 tan, akan bertolak dari Cheras jam 6.30 petang ini. Bantuan seperti makanan dalam tin, minuman, pakaian terpakai, selimut, lampin pakai buang dan apa jua keperluan asas boleh dihantar ke alamat berikut; 

Alamat: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru
Penyelaras Misi Bantuan: Ilyana Rosli (019-2314161), Sani Md Shah (012-9781707)
Masa bertolak: 6.30 petang ini

Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan ke; 
Akaun Maybank: Solidariti Anak Muda - 5550 4111 3224 (sila maklum melalui sms 012-6937908) 
ATAU Akaun Maybank: Azri Fauzir Mazlan 1620 2103 3077 (sila maklum melalui sms 019-2314161)

SAMM menyeru orang ramai agar sudi memberi sedikit sumbangan yang termampu. Saudara kita di Kuantan amat memerlukan bantuan anda.

Dalam perkembangan sama, SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan apabila usul tergempar Ahli Parlimen Kuantan supaya kawasan banjir yang terjejas teruk diishtihar darurat tidak mendapat tempat di Parlimen Malaysia. Apakah kerana ia diusulkan oleh MP pembangkang maka ia tidak layak diberi laluan? 

Apalah yang boleh dibuat apabila rakyat Kuantan yang memilih Pakatan Rakyat seolah-olah diberi hukuman. Sedangkan usul tersebut telah mendapat sokongan dari MP penyokong kerajaan namun atas sifat ego dan angkuh, sifat kemanusiaan dipinggirkan malah didapati ada MP yang menyindir hasrat murni MP Kuantan - ini satu sifat kebinatangan.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/12/bencana-banjir-kuantan-perlu-bantuan.html#ixzz2mZNsFLR4