Tampilkan postingan dengan label taib mahmud. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label taib mahmud. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Februari 2014

Pelobi Swiss mahu 'RM56j aset Taib' dibeku


Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Ia berkata AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.

Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.


"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.

Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.

Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor. - malaysiakini

Sabtu, 08 Februari 2014

Pengganti Taib Diketahui Dalam Masa Dua Hari


Abdul Taib Mahmud.
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah diberi mandat oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menamakan sendiri penggantinya selepas mengumumkan peletakan jawatan, Sabtu.
Taib berkata beliau akan membuat pengumuman "dalam masa dua hari" selepas lima jam mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat parti di Petra Jaya, di sini.
Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata parti itu telah meluluskan satu resolusi dalam mesyuarat bagi memberi mandat kepada Taib untuk menamakan seorang pengganti Ketua Menteri pilihannya.
Taib sebelum itu menyerahkan pada MKT parti serta kaukus khas bagi menentukan pengganti.
"Sesiapa yang dinamakan oleh (Taib) akan menerima sokongan sebulat suara daripada parti," katanya.
Ketika ditanya sama ada ini bermakna Taib akan meletak sebelum akhir penggal semasa pada 2016, Asfia berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu. mStar 9/2/14

Selasa, 04 Februari 2014

Taib Mahmud akan bersara

05/02/2014 1:36pm

KUCHING - Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.
"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. "Saya tidak boleh mengulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan akhbar Berita Harian bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.
Laporan itu yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandang jawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.
Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri
Perumahan Sarawak turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib
Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.- Bernama