Tampilkan postingan dengan label FILEM HOLLYWOOD. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label FILEM HOLLYWOOD. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 Desember 2013

Review Filem : 47 Ronin Sarat Dengan Emosi


Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Setelah lama menantikan kemunculan filem epik yang diinspirasikan dari hikayat sebenar ini, akhirnya 47 Ronin bakal muncul di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 19 Disember 2013.
Bagi yang pernah melihat trailer 47 Ronin sebelum ini, pasti hati kecil anda terdorong untuk mengetahui kisah sebenar yang menjadi punca samurai-samurai Jepun menyimpan dendam kesumat selama bertahun lamanya.
Untuk pengetahuan anda, 47 Ronin merupakan sebuah kisah lagenda terkenal Jepun mengenai pengorbanan dan kesetiaan samurai kepada ketua mereka.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Menerusi filem arahan Carl Rinsch terbitan United International Pictures ini, peminat genre aksi pastinya mengagumi ketangkasan Keanu Reeves berlawan menggunakan pedang samurai menerusi watak Kai.
Kisah penuh emosi ini bermula apabila seorang pemerintah dari kerajaan lain dikenali sebagai Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan ketua 47 Ronin.
Sejak daripada itu, kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Lebih menyedihkan, Kai telah dijual sebagai hamba dan ketua samurai iaitu Oishi telah dikurung di dalam lubang bawah tanah. Manakala puteri Ako, Mika pula telah dilarikan oleh Lord Kira untuk dikahwini selepas tamat tempoh perkabungan.
Setelah setahun menderita, Oishi akhirnya kembali ke kampung halaman dan mengumpulkan semula samurai yang lain bagi membalas dendam ke atas kematian ketua mereka.
Kai yang selama ini tidak diterima oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan telah dipanggil untuk membantu mereka menewaskan Lord Kira dan menyelamatkan Mika.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Persoalannya kini, mengapa kami katakan 47 Ronin sebuah filem yang penuh emosi? Walaupun ianya adalah filem aksi, namun terdapat beberapa adegan menyayat hati yang diselitkan.
Sebagai contoh, penonton ditayangkan dengan babak pemerintah Ako yang juga ketua 47 Ronin menamatkan riwayatnya sendiri sambil disaksikan oleh anaknya dan seluruh rakyat jelata akibat muslihat Lord Kira.
Tidak hanya disulami dengan elemen kasih sayang antara Kai dan Mika, 47 Ronin turut menerapkan keutuhan semangat juang samurai-samurai bagi mengembalikan maruah mereka walaupun mengetahui maut menanti mereka di kemudian hari.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Selain itu, penonton juga didedahkan dengan budaya masyarakat dahulukala di Jepun yang mengamalkan hukuman bunuh sekiranya melanggar arahan ketua pemerintah dan undang-undang kerajaan.
Bagi yang sudah lama tidak menonton filem-filem berkualiti, jangan lupa saksikan 47 Ronin merungkai sejarah lama bermula esok di pawagam berdekatan dalam versi 3D.
Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer filem ini di bawah supaya dapat memberi sedikit gambaran mengenai jalan ceritanya. Semoga terhibur!

Selasa, 17 Desember 2013

CODY WALKER DIJANGKA GANTIKAN ABANGNYA @ PAUL WALKER DALAM FAST & FURIOUS 7

cody walker dijangka gantikan abangnya dalam fast  furious 7

LOS ANGELES, 16 DIS 2013: Pelakon lagak aksi ngeri, Cody Walker yang juga adik kepada mendiang Paul Walker dijangka akan menggantikan tempat abangnya dalam filem Fast & Furious 7 yang akan menyambung penggambarannya, tidak lama lagi.
Menurut jurucakap Universal Studio, penggambaran terpaksa dihentikan seketika bagi menghormati keluarga terdekat Paul dan keluarga besar Fast and Furious itu sendiri. Namun, kehidupan dan perancangan harus diteruskan dan penggambaran siri francais hebat itu akan kembali bersambung pada awal Januari 2014.
Menyentuh tentang pemilihan Cody, ianya dibuat selepas pihak penerbit mengadakan mesyuarat selepas kematian Paul.
Cody dipilih kerana dia mempunyai wajah dan gerak badan yang hampir menyerupai abangnya.
Bagaimanapun, Cody hanya akan memegang watak sebagai Brian O’Connor penggambaran dari sudut kamera belakang dan jarak jauh. Untuk sudut kamera dekat, penggunaan teknik CGI akan dikenakan terhadap wajah Cody bagi menyerupai 99% wajah abangnya.
Fast & Furios 7 merupakan filem terbesar francais itu setakat ini kerana banyak melibatkan nama-nama besar dalam dunia perfileman antarabangsa.
Watak pelumba drift, Sean Boswell lakonan Lucas Black dari filem Tokyo Drift akan dikembalikan dalam filem ini selain Jason Statham yang akan memegang watak antagonis. Turut terlibat ialah aktor dari Thailand yang dikenali dengan filem Ong Bak dan Tom-Yum-Goong iaitu Tony Jaa.
Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster dan Tyrese Gibson semuanya akan kembali memegang watak lama masing-masing.
Fast & Furious 7 telah diarahkan oleh James Wan, pengarah yang terkenal sebelum ini dengan filem-filem seperti Insidious, Saw dan The Conjuring. - murai