Tampilkan postingan dengan label ditahan polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditahan polis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 23 Januari 2014

Zul Raidy @ Eddy Gordo, pembuat T-Shirt TURUN 31 Dis. ditahan polis


Seorang pembuat kemeja-t himpunan untuk protes anti kenaikan kos hidup 31 Disember hari ini ditahan polis ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang untuk memberikan keterangan.

Rakannya Wong Kar Fai berkata, Mohd Zul Raidy Ahmad Tarmizi (kanan) atau dikenali sebagai Eddy Gordo ditahan bawah Seksyen 124(D) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan tindakan mencetak dan menjual bahan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Ia juga memperuntukan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Beliau memasuki IPD berkenaan pada kira-kira jam 7 petang tadi sebelum dimaklumkan ditahan kira-kira 30 minit kemudian.

“Jumpa sahaja terus tangkap,” kata Wong.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 31 Disember lalu mengecam pemburuan polis terhadap Zul Raidy yang dikaitkan dengan himpunan membantah kenaikan kos sara hidup.


Menganggapnya sebagai satu penindasan, kumpulan hak asasi itu memaklumkan Zul Raidy disiasat bawah Kanun Keseksaan yang dibaca sekali dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Memetik abang kepada Zul Raidy, Suaram menjelaskan, sepasukan polis datang ke rumah keluarganya di Taiping pada malam 30 Disember untuk menahan adiknya itu.

Bagaimanapun, aktivis berkenaan tidak ada di rumah ketika itu, menurut Suaram lagi.

Polis juga dilapor menggeledah rumah sewanya di Seri Kembangan dan merampas baju-baju miliknya.

Difahamkan antara kemeja-t yang dirampas bertemakan perjuangan gerakan radikal kiri Angkatan Pemuda Insaf (API).- Malaysiakini

Senin, 23 Desember 2013

Pengerusi Turun @ Azan Safar ditahan polis

Polis menahan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar di Kuala Lumpur malam tadi dan akan disiasat mengikut seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 10.00 pagi ini berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.
Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga dijangkakan naik.
Pada September, Putrajaya memotong subsidi petrol RON 95 dan diesel yang menyaksikan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain.
Pada Oktober semasa membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta.
Kumpulan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk polis kerana menahan Azan malam tadi.
“Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat,” kata kumpulan aktivis itu dalam satu kenyataan hari ini.
“SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar,” kata kenyataan itu. – 24 Disember, 2013. -TMI

Jumat, 13 Desember 2013

'Ayahanda' dicekup bersama dadah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.


Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.
Foto

"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.

"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - myMetro