Tampilkan postingan dengan label filem Melayu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label filem Melayu. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 Desember 2013

Adi Putra Dipantau Polis

Pelakon Adi Putra memberitahu dia dipantau oleh beberapa anggota polis sepanjang menjalani penggambaran filem Balistik yang dijalankan sekitar Julai tahun lalu.
Namun pemantauan tersebut dibuat bukan kerana Adi Putra melakukan apa-apa kesalahan berat tetapi ia untuk memastikan pelakon itu menjiwai watak seorang inspektor polis dengan cara dan yang betul dan perwatakan sebagai seorang pegawai polis.
"Sepanjang di set saya dipantau oleh beberapa anggota polis Bukit Aman supaya watak polis yang saya bawakan tidak menimbulkan sebarang isu dan menyentuh sensitiviti. Sebab ini melibatkan nama baik anggota PDRM", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
Dalam filem arahan Silver Chung itu Adi memegang watak sebagai Inspektor Nizam yang ditugaskan menangkap pembunuh upahan paing dikehendaki pihak polis.
Selain Adi, dua lagi tonggak utama filem yang menelan kos RM2.5 juta ialah Datuk Rosyam Nor yang memengang watak Saga, seorang pembunuh upahan dan Rita Rudaini sebagai Salina.
Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.
Balistik (Kelajuan Peluru) terbitan RK Screen Sdn Bhd dengan usaha sama Asia Tropical Film Sdn Bhd ini bakal ditayangkan pada 9 Januari depan.
- mD

Selasa, 19 November 2013

Filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" - Pierre Andre Mengaku Guna Populariti Ustaz Azhar Idrus

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Ustaz Azhar Idrus (tengah) bersama kumpulan Shiro dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
PETALING JAYA: Pengarah filem Pierre Andre mengaku menggunakan populariti pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam karya terbaharunya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! semata-mata untuk meraih tumpuan penonton.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia menyedari populariti Ustaz Azhar yang disukai orang ramai membolehkan misinya untuk berdakwah dalam filem berkenaan terlaksana walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan sahaja.
"Apabila ingin menghasilkan filem dakwah, saya terfikir, bagaimana nak jadikan filem itu tidak bosan dan saya rasa elemen komedi perlu diterapkan. Memandangkan Ustaz Azhar menjadi idola ramai, saya rasa hanya dia sahaja yang sesuai untuk filem ini.
"Rasanya tidak salah saya gunakan populariti Ustaz Azhar untuk tujuan baik," katanya pada majlis pratonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! di Cathay e@Curve di sini pada malam Isnin.
Tambah Pierre, Ustaz Azhar mengambil masa yang lama iaitu selama dua bulan untuk memutuskan sama ada dia ingin terlibat dalam filem tersebut ataupun tidak.
Pierre Andre
Malah pelbagai persoalan yang ditanya kerana dia risau jika pembabitannya dalam filem tersebut boleh menjejaskan imejnya sebagai pendakwah.
"Soalan pertama yang Ustaz Azhar tanya ialah, ada tak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.
"Malah dia juga memberi syarat, sekiranya dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, karya yang dihasilkan itu tidak boleh terlalu tegas, sebaliknya perlu memasukkan unsur-unsur komedi agar ia tidak bosan ditonton.
"Saya pun jelaskan konsep filem ini kepada Ustaz Azhar. Entah kenapa, walaupun dia belum membuat keputusan ketika itu, saya sudah pun menjalani penggambaran dan hati saya berkata yakin dia akan berkata 'ya' untuk filem ini. Alhamdulillah, dia akhirnya terima," ujarnya.
Walaupun Ustaz Azhar hanya tampil untuk tiga babak pada adegan akhir, aura yang dimiliki dapat dirasakan sepanjang perjalanan filem tersebut.
Ia mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup dan tiada pegangan agama tetapi bersepakat untuk ke pangkal jalan selepas berlakunya beberapa insiden.
Filem ini turut menyiarkan rakaman ceramah yang pernah dilakukan Ustaz Azhar dan lakonannya pula hanyalah ketika adegan di pantai di mana Dadu dan Muiz menemuinya bagi mendapat pandangan mengenai agama.

Rabu, 13 November 2013

Pengarah 'Laga' perjelas aski ranjang Marsha Londoh - Wan Hanafi


..


Sutradara filem Laga, Ismail Yaacob menegaskan beliau tidak menjual aksi ranjang semata-mata di dalan filem kedua arahannya itu. Sebaliknya babak panas yang diselitkan menerusi lakonan Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su kerana ia antara adegan penting bagi menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut.

Babak tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.
"Babak itu bukan kita buat semata-mata ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita. Babak itu terlalu sedikit tetapi menarik dan saya tak nafikan babak itu pasti akan jadi tumpuan ramai. Cuma bila trelernya diletakkan di dalam Youtube dan di-cut setakat tu, ia nampak seperti satu aksi yang buruk.
"Babak itu adalah babak teknik mengurut untuk mendapatkan zuriat. Saya mahu tunjukkan keintiman seorang suami yang terhadap isterinya yang jauh lebih muda", jelasnya ketika ditemui pada pelancaran OST filem tersebut di Menara Kuala Lumpur, semalam.
Pada majlis tersebut pihak media diperdengarkan dengan dua buah lagu iaitu Kayangan nyanyian kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar, yang dijadikan sebagai lagu tema filem itu.
Ismail Yaacob. Kredit foto Faisol Mustafa.Ismail Yaacob. Kredit foto Faisol Mustafa.
Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.
"Kalau nak ikutkan babak itu lagi panas tapi saya hanya tonjolkan yang sepatutnya saja. Dan pada mulanya pun ia dipotong oleh pihak LPF. Namun selepas kami buat satu laporan yang menyatakan sebab-sebab saya perlu kekalkan babak, akhirnya LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya.
Tambah Ismail lagi, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.
"Saya tahu mungkin ramai yang menganggap ia adalah adegan panas, tapi ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.
Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.
Antara baisan pelakon filem 'Laga'. Kredit foto Faisol Mustafa.Antara baisan pelakon filem 'Laga'. Kredit foto Faisol Mustafa.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.