Tampilkan postingan dengan label kerajaan Selangor. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerajaan Selangor. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

Khalid Ibrahim jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?


OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2014
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini, kata satu sumber.
Sumber dalaman PKR memberitahu, perkara itu mungkin berlaku sebagai ganjaran Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor kepada Anwar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider yang enggan namanya didedahkan.
"Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan."
Anwar dikatakan akan menggantikan menteri besar penggal kedua itu bagi meredakan ketegangan Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Dengan jawatan presiden semakin hampir menjadi milik Anwar, jawatan kedua tertinggi timbalan presiden akan menjadi rebutan untuk bergandingan bersama-sama ketua pembangkang tersebut.
Ketika ini masih ada belum calon secara terbuka mengumumkan untuk mencabar Azmin. Bagaimanapun sumber memberitahu dua nama ketika ini menjadi sebutan.
Antaranya Khalid dan anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini naib presiden PKR.
"Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding... tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri," kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
"Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor... jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti," kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.
Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
"Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya," kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.
Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.
"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.
"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia," katanya sumber itu lagi.
Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain "tarik tali" dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.
Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.
Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini. – 26 Februari, 2014. - TMI

Rabu, 12 Februari 2014

Selain Mat Taib, Ada Lagi Akan Sertai Pentadbiran Selangor - PKR

Saifuddin Nasution
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menganggap sesuatu yang aneh jika bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dipilih untuk menyertai pentadbiran kerajaan Selangor atas apa jua kapasiti.
Sebaliknya bukan sahaja Muhammad Taib yang akan dibawa masuk tetapi kemungkinan terdapat muka baharu lain yang akan turut serta dibawa masuk dalam pentadbiran negeri.
"Hal itu (membawa masuk muka baharu) lumrah yang datang dari Anwar. Kalau nama Muhammad disenaraikan, saya tak lihat ia sesuatu yang aneh. Saya alu-alukan perkara itu.
"Sudah tentu ada kekuatan yang dilihat padanya. Dia pernah jadi menteri besar Selangor yang paling lama, 11 tahun," kata Saifuddin pada sidang media di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramahnya di Kajang malam Rabu yang mahu membawa Muhammad untuk menyertai pentadbiran Selangor sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang nanti.
Menurut Saifuddin, beliau menyambut baik pemilihan Muhammad kerana yakin Anwar pintar dalam menilai potensi seseorang selain pengalaman luasnya selama 17 tahun dalam kerajaan sebelum ini.
"Anwar ada pengalaman politik yang lama. Beliau pintar dalam menilai potensi seseorang dan inklusif sifatnya.
"Saya percaya (cadangan) itu datang menerusi pengalaman 17 tahun dalam Umno dan Barisan Nasional (BN). Dia ada hubungan yang luas," katanya.
Jelas Saifuddin, bukan sahaja nama Muhammad yang disenaraikan tetapi beliau tidak menolak beberapa nama lain akan dibawa masuk oleh Anwar sekiranya memenangi PRK Kajang.
Bekas menteri besar itu menerajui Selangor dari 1986 hingga 1997.
beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas isu ditahan dan dibicarakan di mahkamah Australia atas dakwaan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta ketika masuk ke negara itu.
Selain itu Muhammad Taib juga pernah menyandang kerusi naib presiden Umno dari 2000 hingga 2003 dan selepas itu dilantik sebagai ketua penerangan Umno Malaysia diera pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dari 2008 hingga 2009. - mStar 13/2/2014

Selasa, 28 Januari 2014

PAS Setuju Anwar jadi ADUN tapi bukan MB

PETALING JAYA: Tiada masalah bagi PAS untuk menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang lantaran kerusi tersebut merupakan kerusi PKR.
Namun, menurut Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PKR harus berbincang dengan semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain sekiranya ingin menggantikan menteri besar popular Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar.
“KIta melihat keputusan yang diambil oleh PKR ini merupakan hak mereka kerana itu memang kerusi PKR. Kita tiada masalah mereka meletakkan mana-mana calon pilihan mereka.
“Tapi sekiranya melibatkan perubahan jawatan menteri besar ia perlu dibincangkan dahulu dengan PAS dan DAP sebelum buat apa-apa keputusan,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Sambil menegaskan bahawa PKR tidak boleh membuat keputusan bersendirian dalam mentadbir Selangor, Tuan Ibrahim mengakui terkejut mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor.
“Kita pun rasa terkejut dengan keputusan tersebut. Kita sedar ada beberapa masalah dalaman yang berlaku di Selangor seperti isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa lagi, tapi tak sangka sampai melibatkan perubahan kerusi menteri besar,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui hubungan PAS dalam PR tidak terjejas dengan isu yang berbangkit.
“Kita yakin akan ada perbincangan selepas ini dalam persiapan mengahadapi pilihan raya kecil (PRK) Kajang nanti dan pimpinan PR akan membincangkan mengenai isu ini,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin  Ayub, menerusi satu kenyataan berkata PAS telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakan dalam PR dengan memberikan pandangan dan nasihat yang sewajarnya kepada Anwar.
“Apabila PKR telah membuat keputusan untuk bertanding dan meletakan Anwar sebagai calon , PAS sekali lagi telah menyatakan sokongan diatas semangat kerjasama PR,” katanya.
Tambahnya lagi, PAS bersedia membantu PKR dan Anwar dalam PRK Kajang di saat rakyat dilihat marah dengan tindakan parti itu yang dilihat seperti membazirkan wang rakyat.
“Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan PR mempertahan kerusi DUN Kajang.
“Adalah penting disaat-saat sukar begini Pas terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan. Sekiranya isu dan masalah dalaman yang melibatkan PR ada yang PAS tidak puas hati, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian kita,” jelasnya lagi.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun enggan mengulas isu ini.
Semalam, PKR dalam satu sidang media mengumumkan bahawa Anwar akan dicalonkan bagi merebut kerusi Kajang yang kosong setelah penyandangnya Lee Chin Cheh, juga dari PKR, meletakkan jawatan.
Tindakan Lee itu menghangatkan spekulasi bahawa Anwar bakal mengambil alih jawatan menteri besar bagi meleraikan pergelutan kuasa di Selangor di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali walaupun Anwar menafikannya.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR berkata tindakan tersebut merupakan strategi PKR untuk mengukuhkan kekuatan parti tersebut di Selangor.

Minggu, 26 Januari 2014

TERKINI : Khalid Ibrahim berundur Rabu ini DSAI bakal MB Selangor?


AnwarrenungKhalid[1]Dalam kemelut konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, The Star Online hari ini melaporkan bahawa Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.
Apa yang memeranjatkan ialah laporan berkenaan, yang didakwa bersumberkan dalaman PKR memberitahu bahawa pengganti kepada Khalid Ibrahim ialah Anwar Ibrahim!

Apakah ini bermakna Khalid Ibrahim juga akan meletakkan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang (N46)? Perkara ini difahamkan telah dipersetujui pada pertemuan di antara kedua-duanya pada hari Ahad yang lalu.

Apakah Khalid memang bersedia untuk mengundurkan diri, atau bertindak melepaskan jawatan Menteri Besar dan ADUN sebagai tanda protesnya kepada Anwar Ibrahim? Ini adalah kerana melepaskan jawatan Menteri Besar, dan meletakkan jawatan selaku ADUN Pelabuhan Klang adalah 2 perkara berbeza, pada saat kerusi itu milik PKR!
the star anwar mb selangor
Dari sumber yang lain pula, Khalid Ibrahim dikhabarkan bersedia untuk mengundurkan diri sebagai Menteri Besar dengan syarat penggantinya bukan Azmin Ali.

Sumber juga memberitahu bahawa setakat ini, 2 DUN yang dimenangi oleh PKR sedang dalam pertimbangan Anwar dalam cita-citanya untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Selangor bakal menghadapi satu Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat!

Jika berlaku, dan Anwar menang, maka Anwar Ibrahim bakal berkuasa di Selangor, lebih berkuasa dari jawatannya sebelum ini iaitu Penasihat Ekonomi Selangor yang telah membuat tuntutan jutaan ringgit sepanjang tempoh perkhidmatannya setelah berselindung di sebalik elaun RM1!

Apa pula tindakan PAS pada ketika ini? SUMBER

Rabu, 18 Desember 2013

Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor


Oleh : Siraj

anwar-pc-2013
PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.
Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.
“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN,” katanya.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini.
Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.
Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi.
Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi.
“Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.
tol naikSebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,”katanya lagi.
Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat.
“Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina,” katanya.
Oleh sebab itu, Anwar n kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai.
“Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,”katanya lagi.
-EZY - Selangorkini