Tampilkan postingan dengan label khalwat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label khalwat. Tampilkan semua postingan

Rabu, 22 Januari 2014

2 anggota polis mengaku salah berkhalwat

  • Anggota polis mengaku berkhalwatZainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. - Foto Sinar Harian
 1 / 1 
KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam.

 Tertuduh, Mohd Che’ Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu.

 Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung.

Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan.

 “Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Jumat, 03 Januari 2014

Janda dicekup bersama kekasih kaki dadah

  • Janda ditahan bersama kekasihSeorang wanita berstatus ibu tunggal mendukung anaknya berusia 4 tahun untuk dibawa ke balai polis selepas ditahan di rumahnya kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelaki selain turut mengambil dadah berbahaya.
 1 / 1 
DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.


Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Selasa, 24 Desember 2013

Jururawat mengaku khalwat dengan suami orang

  • Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orangPasangan yang ditangkap khalwat pada 29 Oktober lalu di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam.
 1 / 2 
PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.

Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.


Sarizana didapati bersalah di bawah  Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.

Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.

Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik  dan berbaju T telah membuka pintu rumah.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.

Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.

Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.

Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.

Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.

Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.



Senin, 16 Desember 2013

Dua pemain bolasepak skuad Pahang mengaku salah berkhalwat

17/12/2013 1:45pm

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di Hotel Vistana di sini pada 10 September lalu.
Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua pemain itu dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, dua pemain skuad Tok Gajah itu ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2nhzD9FEM 
Hakcipta terpelihara 






p

Rabu, 13 November 2013

Khalwat : Saya diperangkap - Shah Jaszle

Shahrizal Jaszle sempat melemparkan senyuman kepada jurugambar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Petaling pada Selasa bagi sebutan kes khalwatnya. Foto: Faizal Hishan.
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle nekad untuk memastikan kebenaran berpihak kepadanya selepas membuat pengakuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Selasa atas tuduhan khalwat.
Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan.
"Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar.
"Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Beritahu Shahrizal, pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut.
"Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini," ujarnya.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank.
Farah Nurizzati ditemani seorang lelaki dan cuba mengelak gambarnya dirakamkan.
Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.
Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.
Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal.