Tampilkan postingan dengan label wang tebusan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wang tebusan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 Desember 2013

Wang Tebusan RM1 Juta Dibayar Untuk Bebaskan Wanita Taiwan?


KOTA KINABALU: Wang tebusan sejumlah AS$300,000 (RM1 juta) dipercayai telah dibayar untuk menjamin pembebasan tebusan seorang warga Taiwan, Evelyn Chang An-wei yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayaff di pulau Jolo selatan Filipina.
Walaupun pihak di Filipina dan Taiwan mempertahankan bahawa An-Wei, 58, yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipinan dari pulau Pom Pom di Semporna pada 15 November berjaya diselamatkan, bagaimanapun timbul spekulasi jumlah wang tebusan itu tersebar secara meluas di media Taiwan.
Abang kepada An-Wei, Richard Chang Ta Kong tidak mempertikaikan laporan media apabila dia mengatakan bahawa kakaknya tidak dicederakan semasa tahanannya dan penculik hanya mahu mendapatkan wang tebusan.
Ta Kong, yang berhubung dengan kumpulan penculik semasa adiknya diculik selama 36 hari, tidak bercakap langsung mengenai pembayaran wang tebusan yang dikatakan dibuat oleh keluarga untuk penculik itu bagi menjamin pembebasannya.
An-Wei yang merupakan isteri kepada Lim Min-hu, 57, yang ditembak mati apabila kumpulan penculik cuba untuk menculiknya di resort, telah ditinggalkan di kawasan hutan berhampiran kampung Talipoa di Jolo apabila pasukan petugas bersama Filipina menemuinya pada pukul 4 petang disusuli dengan "bayaran".
Pegawai Filipina yang memahami tentang penculikan yang bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan menjelaskan bahawa kumpulan Abu Sayaff biasanya membebaskan tawanan mereka sebaik sahaja sejumlah wang yang dipersetujui telah dihantar menerusi orang tengah.
Mereka menjelaskan bahawa kebiasaannya, sejumlah wang tebusan itu sendiri hanya sebahagian daripada kos kerana mereka terpaksa membayar untuk "perbelanjaan operasi" bagi pengantara dan juga pemerhati kepada kumpulan-kumpulan lain yang mahu merampas wang tebusan yang banyak atau menahan pengantara yang membawa wang berkenaan.
Kumpulan penculik itu masih menahan sekurang-kurangnya sedozen tawanan termasuk dua pemerhati burung warga Eropah yang diculik di Wilayah Tawi-Tawi pada tahun lepas.
Ta Kong mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Anti Penculikan Polis Kebangsaan Filipina kerana membantu beliau untuk berkomunikasi dengan penculik dan kakaknya semasa kakanya itu ditawan.
Ta Kong, yang bersyukur kerana pihak berkuasa polis Malaysia dan Filipina atas usaha mereka dalam misi menyelamat berkata, dia dibantu oleh seorang rakan baik kepada keluarganya, Yu Ching, yang kemudiannya dikenal pasti anak saudara kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
(Yu Ching, merupakan bekas anggota beret hijau dilatih di Akademi Tentera AS di West Point dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, termasuk membantu dalam operasi menentang Abu Sayyaf.)
An-wei, yang dilaporkan menjadi kawan rapat kepada isteri Presiden Taiwan , kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Taiwan dan berkata bahawa dia lega apabila pengalaman pahitnya itu berakhir dan mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang bertanggungjawab untuk membebaskannya.
Dia memberitahu pegawai Filipina bahawa dia tidak mengetahui tentang suaminya telah dibunuh walaupun dia terdengar tembakan sewaktu kumpulan lelaki bersenjata mengheretnya keluar dari villa resort di Pulau Pom Pom. 22Dec13 mStar

Selasa, 19 November 2013

Culik di Pulau Pom Pom : Penculik minta wang tebusan


PETALING JAYA: Menteri Taiwan, Lee Hong-yuan mendedahkan pihak kerajaan menerima panggilan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai permintaan wang tebusan untuk membebaskan pelancong warga Taiwan yang diculik di resort Pulau Pom Pom di Sabah.
Lee bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya pada sidang media bersama wartawan Taiwan pada Rabu.
"Kita telah mengetahuinya sejak beberapa hari. Anda perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenainya daripada Biro Siasatan Jenayah," katanya.
Ketikan ditanya sama ada panggilan telefon yang diterima oleh keluarga mangsa adalah kumpulan penculik berkenaan, beliau berkata dia tidak pasti mengenainya.
"Bagaimanapun, pihak berkuasa Filipina sedang membincangkan mengenai wang tebusan," katanya.
Beliau berkata biro berkenaan telah mengumpul maklumat risikan daripada beberapa pihak mengenai kes tembak mati dan penculikan yang berlaku.
Pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu villa atas air di resort Pulau Pom Pom dan membunuh Hsu Lin Min serta menculik isterinya, Chang An Wei.