PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik, menafikan khabar angin yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Switzerland seperti mana dihebohkan di sebuah laman Facebook dan blog luar negara.
Sebaliknya, Diyana Halik, 30, berkata, Aaron kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 di Cape Town, Afrika Selatan.
"Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan.
"Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Diyana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita kemalangan yang dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa, Global Associated News, pada Isnin.
Berita tersebut melaporkan bahawa Aaron meninggal dunia selepas terjatuh ketika meluncur papan salji di sebuah resort di Zermatt, Switzerland.
Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu mengalami sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Cape Town bagi menjalani penggambaran program Fear Factor Malaysia 2.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar