Rabu, 28 Agustus 2013

7 Pahala Selepas Mati

Dari Anas r.a berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima sesudah mati.
  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum darinya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1.    Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2.    Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.    Anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya."

So, sahabat2 marilah kita sama2 beramal.. Untuk apa?? Sebagai bekalan kita sebelum bertemu Allah SWT.. Ingat dunia ini umpama ladang.. Ladang untuk kita menanam sebanyak mungkin pokok sebelum tibanya masa menuai.. Tanamlah pokok2 yang berkualiti dan bajailah dengan butir2 iman agar kita selamat didunia dan akhirat... Ameen.

Sumber : http://penjagaiman.blogspot.com/2010/07/7-pahala-selepas-mati.html


Wallahu a’lam bish-shawabi... (hanya Allah yang Mahatahu Kebenarannya)
Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini...
Itu hanyalah dari kami...
dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan...

Semoga Allah SWT. memberi kekuatan untuk kita amalkan.
Wassalam...

Semoga Bermanfaat dan bisa kita ambil hikmahnya... amin
Silahkan COPY atau SHARE ke rekan anda jika menurut anda notes ini bermanfaat...

Lampirkan sumbernya ya... Syukron

Tidak ada komentar:

Posting Komentar