Selasa, 26 November 2013

Nabila Huda dikecam kerana muat naik gambar seksi diInstagram

..
Sedang dia sibuk menjalani penggambaran filem biopik Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dalam beberapa minggu ini, alih-alih timbul agi kontroversi mengenai dirinya.
Ternyata, menjadi Saloma bukan mudah buat Nabila Huda. Menghidupkan watak isteri kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iru, satu hal. Ditambah pula dia perlu berhadapan dengan komen negatif dan kritik dari para peminat tentang gambar-gambarnga yang agak seksi yang dimuatkan di Instagram

Namun Nabila Huda tidak berdiam diri dengan situasi tersebut apabila beliau turut memberikan komen balas kepada mereka yang meninggalkan kata kata negatif terhadapnya.
“Apa masalah kau ni? Aku ni tengah shooting based on the true story. Kau kalau nak memekak kat IG aku nak membebel tak tentu pasal, buat semak je baik kau unfollow. Kalau baik sangat, delete Instagram kau. Stop using any smart phone sebab buat tambah dosa je”
Antara komen yang ditinggalkan para peminat yang negatif adalah soal dosa dan pahala - ini respons dari Nabila Huda.
“Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it’s supposed to be P&C, so tolong la hargai”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar