Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.
Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.
"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,” kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.
Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.
Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.
Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
Saya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.
Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.
GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.
Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP
Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.
Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.
Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.
Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.
Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS
GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?
Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:
Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.
Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali.-mkini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar