Rabu, 15 Januari 2014

Jururawat, 25 dikurung dirogol oleh Romeo Siber

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.
Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek. 
Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.



Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama. - myMetro

Rakam video suri rumah mandi

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merakam video seorang suri rumah yang sedang mandi tanpa berpakaian di sebuah kondominium, empat hari lalu.
Izwar Efendi Taswar, 32, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 20 dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa.Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik air di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, dekat sini, jam 11.52 pagi pada 11 Januari 2013.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Foto

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh yang hadir memakai baju T merah dan berseluar pendek paras lutut tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Tan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan keluarganya serta pasport diserah kepada mahkamah.

Rakan tertuduh yang ingin menjamin mangsa bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.

Majistret Saifulakmal Said kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.

Sebutan untuk melantik peguam ditetapkan pada 14 Februari ini. - myMetro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar