Kamis, 23 Januari 2014

Penganjur 'flashmob' Kangkung disoal siasat polis

OLEH LOOI SUE-CHERN
JANUARY 23, 2014
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (gambar) kini disoal siasat atas dakwaan fitnah berhubung tarian parodi flash mob 'I Love Kangkung'.
Lee dikatakan memberi kenyataannya kepada polis tengahari tadi di pusat perkhidmatan rakyat, Alma berhampiran Bukit Mertajam.
Beliau berkata sesi soal siasat telah dijalankan hampir 40 minit oleh seorang pegawai penguatkuasa, Hassan Mohd Salleh.
"Saya mengaitkan dengan apa terjadi dan menjelaskan kepada polis tujuan sebenar flash mob tersebut.
"Ia diadakan bertujuan untuk menegaskan isu kenaikan harga yang membebankan rakyat," katanya kepada pemberita.
Seksyen 500 Kanun keseksaan yang menggariskan hukuman untuk fitnah menyatakan "sesiapa yang mefitnah individu lain hendaklah dihukum dengan dipenjarakan dalam tempoh dua tahun atau lebih disertakan dengan denda atau kedua-duanya".
Lee turut berkata, beliau kesal dengan tindakan laporan polis yang dibuat oleh 10 pengikut Umno, iaitu lapan dari Jitra, Kedah, seorang dari Bukit Mertajam dan seorang lagi daripada Raub, Pahang biarpun ia diadakan dengan aman.
"Tidak ada unsur perhinaan dan perkauman dilakukan dalam program tersebut.
"Ia dilakukan untuk menutup mulut saya dan mengekang kebebasan hak bersuara," katanya.
Ditanya adakah beliau akan membuat pemohanan maaf secara terbuka kerana menganjurkan flash mob, Lee tetap dengan pendiriannya.
Beliau pada masa berharap, polis akan menyiasat isu ini secara adil selain turut membuat laporan atas perhimpunan bantahan di depan pusat khidmat rakyatnya yang menyaksikan seorang lelaki dikasari.
Protes tersebut juga menyaksikan peserta himpunan mengecam dan mengeluarkan kata-kata ugutan perkauman termasuk membakar gambarnya.
Awal Januari lalu, Lee telah menganjurkan flashmob dan menyumbat sayur kangkung pada replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tindak balas terhadap isu peningkatan sara hidup.
Susulan dari itu dua demonstrasi telah dilakukan sebagai bantahan keatas tindakan Lee itu bagaimanapun selain menggasari seorang lelaki peserta perhimpunan turut mengecam mencetuskan tragedi 13 Mei. – 23 Januari, 2014.- TMI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar