Kamis, 02 Januari 2014

Bila mufti tiada ijazah panggil orang lain BUGHAH


Jangan terkejut tindakan Harussani yang terbaru melabelkan peserta2 TURUN sebagai bughah dan halal darah dibunuh.

Sebelum ini Harussani yang sama telah menyeleweng agama Islam untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai di Memali (baca di sini). Dia adalah manusia yang menyokong pembunuhan beramai2 Memali dengan menyeleweng agama. 


Jadi, apa nak heran Harussani yang sama menyalahguna agama Islam untuk menyokong UMNO.

Lupakah kita bagaimana Harussani memain peranan menjayakan penipuan UMNO kononnya orang Kristian sedang memurtadkan orang Islam sehingga penipuan itu turut sama dijayakan oleh Dr HAsan Ali serta Kamarulzaman Muhammad (YDP PAS Putraya)

Hakikatnya,Jabatan Statistik sendiri mengesahkan tiada orang Melayu yang menganut agama Kristian di Malaysia.

Harussani ni makan gaji untuk menjayakan propaganda serta penipuan UMNO. Bukan untuk memperjuangkan Islam.

MUFTI PERAK TIADA IJAZAH

Ramai yang tidak tahu bahawa Mufti Harussani Zakaria ni tidak pernah masuk universiti mahupun mendapat apa2 ijazah dalam agama Islam.

Dia tak pernah belajar di Al Azhar, di Jordan mahupun di Yaman.

Beliau hanya lulus Diploma Tinggi dari Kolej Islam Kelang.

Sejurus selepas lulus KIK, Harussani terus menjadi pegawai SB dalam Kementrian Dalam Negeri.

Sila rujuk kepada keratan dari Wiki Harussani Zakaria dalam gambar.

Dengan kata lain, Harussani TIADA KELAYAKAN untuk mengeluarkan fatwa mahupun pendapat dalam agama.

Maka, jangan takut dengan fatwa beliau kononnya peserta TURUN adalah Bughah. 

Saya cabar Harussani untuk mengecap Saidina Muawiyyah dan Saidatina Aisyah sebagai Bughah.

Kedua2 Saidina Muawiyyah dan Aisyah adalah sahabat/iah yang dicintai dan disayangi Nabi SAW.

Mereka bukan setakat mengadakan demonstrasi, tetapi mereka telah mengangkat senjata untuk menggulingkan Khalifah Saidina Ali.

Saya cabar Harussani untuk mengecap kedua2 sahabat/iah yang dicintai Nabi SAW sebagai bughah.

Pasal Harussani tiada kelayakan sebab tu dia tak belajar pasal Saidatina Aisyah mahupun Saidina Muawiyyah kot.

Ngaji dia tak habis

Janganlah kita takut untuk menolak fatwa2 songsang dari mufti yang tiada kelayakan seperti Harussani ni




."Fatwa" songsang Mufti Perak

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum "bughah" dalam Islam. Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan.

Bughah atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam. Ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah? Lagipun takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. Para demonstrator hanya turun dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah. Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Parti Islam Se-Malaysia 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar