(Basyar Ab Kadir)
KUALA LUMPUR 27 FEB: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendesak satu laporan terperinci dibuat kerajaan mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Azan menjangkakan banyak penyelewengan berlaku kerana masih belum ada laporan terperinci walaupun pemberian tersebut sudah masuk kali ketiga.
“BR1M sudah masuk pemberian kali ketiga.
“Kita desak laporan khas dan terperinci BR1M mengenai statistik pemberian, pembahagian mengikut negeri, jumlah penerima mengikut kaum, pembahagian kelas sosial dan sebagainya.
“Saya syak banyak penyelewengan yang berlaku kerana tidak ada laporan dikeluarkan,” kata Azan kepada Keadilandaily.
Beliau pada masa yang sama turut menyifatkan kerajaan Umno-kerana masih dalam keadaan huru-hara berhubung sistem pengurusan pemberian BR1M.
“Sebelum ini ada yang kata mendedah 1.92 juta isi rumah. Kemudian bertukar 3.2 juta. Kemudian ada yang membuat rayuan dan ada yang dilanjutkan permohonan,” kata Azan yang juga Adun Bandar, Terengganu
“Kita ada dengar banyak kelemahan dalam pemberian BR1M. Ada yang bagi no IC tipu bertujuan untuk dapat dua kali.
“Ada yang tidak memohon, tetapi dapat. Ada yang dapat tetapi jumlahnya kurang daripada yang dijanjikan.
“Ini menunjukkan huru-haranya cara mengendalikan pemberian BR1M.
“Kalau kali pertama pemberian boleh dikira belum ada pengalaman. Tetapi sudah tiga kali pemberian BR1M,” kata Azan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59670
Tidak ada komentar:
Posting Komentar