SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.
Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.
Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.
"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.
"Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.
"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya, hari ini. -Sinar Harian

Suhaizan: Pemuda PAS bersama TURUN di Dataran
Pemuda PAS Malaysia mengerahkan anggotanya menyertai himpunan turut dan turut menggerakkan penyertaan orang ramai khususnya golongan muda ke perhimpunan membantah kenaikan harga barang pada malam 31 Ogos.
Lidah parti itu Harakahdaily melaporkan, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong demonstrasi berkenaan yang akan diadakan untuk menyatakan keresahan masyarakat ke atas kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap sebahagian besar rakyat Malaysia yang menurutnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.
"Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembleng tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.
"Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas perlembagaan," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Usaha berkenaan turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Sosialist DAP (Dapsy) Teo Kok Seong yang berkata TURUN yang digerakkan golongan anak muda itu adalah golongan pro-demokrasi yang harus dihormati, dan bukannya kumpulan penjenayah yang perlu ditangkap.
Beliau yang juga MP Rasah menyeru agar pemuda BN menyokong aktiviti demokrasi ini sebagai kesinambungan laungan transformasi BN selama ini.
"Malah prinsip kami ini juga seharusnya turut diikuti oleh Pemuda Barisan Nasional khususnya Pemuda MCA dengan barisan kepimpinan baru yang mendakwa ingin malaksanakan pembaruan, tetapi berdiam diri dalam membela dan mempertegaskan hak-hak asas demokrasi oleh kumpulan anak-anak muda yang pro-demokrasi.
"Kita juga ingin menjemput sama Pemuda MCA dan Umno yang memegang prinsip demokrasi untuk turun sama berdemo pada 31 Disember ini untuk membantah polisi ‘naik-naik’ kerajaan BN.
"Jika tidak, laungan pembaharuan atau transformasi oleh pemuda-pemuda BN hanya menjadi retorik semata-mata," kata beliau dalam satu kenyataan. -
Selain TURUN, himpunan 31 Disember itu juga digerakkan oleh Gerakan 31 Disember, yang danggotai NGO Solidariti Anak Muda Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia dan Jingga 13. -
Malaysiakini

Tidak ada komentar:
Posting Komentar