Kamis, 12 Desember 2013

Skandal Adi Putra & Isteri Orang : Tiada Kes - Bebas dari sebarang pertuduhan



KUALA LUMPUR - Setelah empat bulan dikaitkan dengan skandal dan penyebaran foto sensual dengan isteri orang, pelakon sensasi Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra menegaskan dirinya kini bebas daripada sebarang tuduhan.
Adi, 32, memberitahu, beliau telah menerima keputusan rasmi tersebut daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember lalu dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).
“Selepas siasatan dibuat, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai NFA. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar bagi kesudahan kes tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Disoal kenapa kes berkenaan digugurkan, Adi bagai manapun tidak boleh menyatakannya. - KOSMO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar