Kamis, 05 Desember 2013

TERKINI : Banjir Di Pantai Timur Bertambah Buruk, 42,626 Mangsa Dipindahkan



  • Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjirHanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.
 1 / 1 
Ibu tunggal bina rumah rakit elak banjir

JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.


“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.
Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.
Di KELANTAN, menurut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jumlah penduduk Kelantan yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu bertambah pagi ini dengan keseluruhannya sebanyak 2,339 orang.
Banjir itu turut merebak ke Tumpat yang merupakan jajahan keenam menerima musibah itu berikutan limpahan air Sungai Golok.
Pasir Mas di Rantau Panjang menyaksikan jumlah terbanyak mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan, dan diikuti jajahan Kuala Krai sebanyak 506 orang.
Di Tanah Merah, sebanyak 222 orang masih berada di 10 pusat pemindahan, Pasir Puteh (219) dan Tumpat hanya lapan orang.
Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai surut namun di Sungai Golok, Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.34 meter (bahaya 9 meter).
Tiada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada pagi ini cerah.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti malam tadi iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) kawasan yang terjejas banjir di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu.
Katanya sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
Pusat pemindahan yang beroperasi masih kekal seperti malam tadi, kesemuanya 82 buah iaitu di Kemaman (31), Dungun (29), Hulu Terengganu (13), Marang dan Setiu, masing-masing (4).
Di MELAKA, air Sungai Kesang yang melimpah sehingga memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kini berada di bawah paras waspada.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Mejar Jafri Mohamed berkata mereka masih belum dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga ditambah dengan keadaan cuaca mendung pagi ini.
Air Sungai Kesang kini berada pada paras 3.04 meter, katanya ketika dihubungi di sini.

-Bernama

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 2,571 orang sehingga jam 9 pagi berbanding 1,675 orang jam 11 malam tadi.
Semua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan banjir di Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tumpat.

-Harian Metro

34,216 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang
KUANTAN: Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 2 pagi tadi, semua mangsa adalah dari lapan daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan yang terbaru adalah Bera.
Dan Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,651 orang yang ditempatkan di 50 pusat pemindahan.
Di Rompin, seramai 2,757 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, Pekan 3,122 mangsa di 20 pusat pemindahan, Maran, 44 mangsa di 2 pusat pemindahan, Jerantut 431 mangsa di 9 pusat, Lipis pula 33 mangsa di 2 pusat, Temerloh dengan 137 mangsa di 5 pusat pemindahan dan Bera dengan 41 mangsa di 5 pusat.
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya
KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan,
KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman,
Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang,
KM 72 Jalan Kuantan-Segamat,
KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan
Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berteru

KUANTAN: Menyedihkan... Itulah yang mampu diungkapkan apabila melihat ratusan kenderaan tersadai di sempadan Kemaman-Kuantan dekat Chendor.
Ratusan pengguna jalanraya yang terperangkap sejak semalam, malah ada yang selama dua hari, termasuk tersadai di lebuhraya Jabor-Jerangau menuju ke Kuantan.
Sebaik mendapat maklumat berhubung situasi di sini, pasukan bertindak Bencana Alam Indera Mahkota diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu terus menyediakan makanan tengahari beserta air mineral bagi meringankan bebanan mereka.
Keadaan d burukkan lagi dengan tiadanya liputan telefon bimbit  yang menyukarkan perhubungan dengan keluarga ataupun syarikat.
 "Justeru saya menyeru agar pihak berwajib atau agensi yang bertanggungjawab agar segera ke sana bagi membantu ratusan pengguna jalanraya yang terkandas lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua," ujar Andansura sewaktu membahagikan bekalan makanan di sana sebentar tadi.


Itu pun Shahidan Kassim kata Malaysia Terbaik Urus Banjir .... pooraahhhh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar